Sabtu, 22 November 2014

November di Seoul

Bersama Prof Seo, Prof Koh, Prof Soh. Prof Park Jae Bong, Prof Teng Soe dan Prof Lim 

Satu peristiwa yang akan saya kenang, selalu menjadi iktibar adalah cerita menangis dalam kelas. Saya tidak menyangka, kemudahan yang Prof Lee San Bin, pensyarah kuliah Literature and Others Art berikan kepada saya, rupanya mendatangkan rasa tidak senang kepada beberapa rakan sekelas.

Petang itu, terhambur kata-kata mereka, di depan saya, di depan profesor dan pelajar lain bahawa mereka pelik saya mengikuti kelas itu tanpa tahu bahasa Korea. Mereka memaksa saya 'tidak lagi' mengambil subjek tersebut jika tidak tahu bahasa Korea. Suara teriak-teriakan menyebabkan saya terpaku dengan aksi wanita Korea yang 'sebenar'; garangnya, terus-terangnya, hati keringnya. Mungkin tidak semua begitu, tetapi hari itu saya belajar. 


Saya keluar dari kelas dengan air mata mengalir; begitulah tipikal wanita Melayu yang mudah tersentuh, tidak kental dengan teguran kasar dan cepat sekali menghukum diri. Namun, sebaik saya rasional semula, saya katakan pada diri, mereka tidak penting, yang penting adalah profesor membenarkan saya berada dalam kelas itu. 



November ini juga ada yang manis untuk dikenang; saya bentangkan pra kajian Phd, makan bersama para profesor jabatan, menyertai pentadingan cerita dongeng dan menyiapkan sinopsis episod drama Cinta Teruna Kimci. 

Semoga ALLAH SWT memberi hidayah dan taufik kepada insan yang banyak membantu kami sekeluarga iaitu Prof Koh Young Hun yang baik dan pemurah sepanjang di Seoul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan