Sabtu, 11 Oktober 2014

Restoran Bawah Rumah

Restoran muka Dwaeji *pig* memang kami tak dekati

"Kak Ummu..kedai ini kita boleh masuk dan makan!" kata Ayla Bohari suatu hari di Hwrangdae. Tangannya menunjukkan kedai bubur Bonjuk dan kedai Pizza. Saya jadi gembira. Sebelum ini dalam fikiran saya dan suami, semua kedai makan di sekitar rumah tidak boleh masuk. Kami berasa was-was untuk mencuba. Jujur saya katakan, saya teringin amat mencuba air tangan orang Korea. Dan pagi itu saya belanja Ayla makan bubur di Bonjuk. Luar biasa pedas rupanya! *sehingga tak habis*

Tukang masak sedang bersiap-siap


Orang Korea yang terkenal dengan budaya 'perkawanan/ persahabatan' menjadikan restoran sebagai rumah hinggap mereka.
Tidak sah jika tidak duduk di restoran atau kedai kopi barang sejam dua atau beberapa minit buat membasah tekak dengan soju, mencicip teh tawar atau kopi yang wangi bersama kawan-kawan. Ini saya sedari apabila membilang jumlah restoran yang terdapat di bawah rumah saya; kira-kira lebih 20 buah, walau saling berdekatan.

Semalam, saya melalui stesen Subway di Seokgye. Nampaknya ada dua restoran/ kedai kopi yang baru dibuka menggantikan kedai yang lama. Ini menunjukkan bahawa kedai makan/ kedai kopi lebih mendatangkan keuntungan dan popular berbanding kedai barang. Mereka suka bersembang rancak kemudian kalut bergegas menghabiskan kerja di pejabat atau di tapak. Pelajar sekolah dan universiti juga menjadikan cafe tempat berkumpul, membuat kerja sekolah atau melayari internet.


Hanya saja saya tidak mencuba duduk-duduk di restoran begini, entahkan nanti saya pun terlekat!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan