Ahad, 21 September 2014

Korea dan Sikap Siap Sedianya



Pagi Sabtu yang tenang; Dawud tidur nyenyak selepas dimandikan air hangat dan umi siap-sedia berkongsi sesuatu kepada para pembaca Facebooknya.

Agak ajaib, dengan purata lebih 10 juta penduduk di Seoul, kita tidakmengalami apa yang dikatakan 'macet' di jakarta dan 'jem teruk gila' di Kuala Lumpur atau ติด 'tid' di Bangkok. Ya, khusus bagi para pengguna Subway (bagi yang menggunakan kenderaan, kesesakan adalah kawan baik).

Hidup jadi aman dan lancar jika anda memilih kenderaan awam seperti Subway dan bas setiap masa, ke mana sahaja di Seoul dan daerah sekitarnya. Menurut Prof Lim Kim Hui , perkara ini biasa bagi negara Jepun, Jerman dan Korea. Subway sebenarnya adalah 'senjata' siap-sedia menghadapi peperangan. Apabila berperang, rakyat dapat bergerak dan menyelamatkan diri bawah tanah.




Di Seoul, rumah-rumah tinggi seperti paku-paku yang berselerakan, ada paku yang panjang dan ada yang sangat panjang. Rumah yang dipanggil apartment ini terdapat di kawasan bandar, luar bandar mahupun setinggan (stinggarden). Rupanya, pembinaan rumah-rumah tinggi itu telah siap-sedia dengan perkakasannya. Misalnya, jika anda tinggal di tingkat 30, dan jauh dari lif, tidak perlu risau kerana Korea telah mempersiapkan alatan dan kenderaan untuk memudahkan barang-barang dipindah masuk atau keluar.



Di Hangkuk University of Foreign Study, anda tidak perlu risau jika tidak dapat berbahasa Korea di dalam kelas. Universiti ini telah mempersiapkan para profesor dan pensyarahnya dengan lebih 30 bahasa dunia termasuk Arab, Turki, Jerman, Rusia, Itali dan Bahasa Melayu. Tetapi, untuk tidak memalukan diri sendiri, anda siap-sedialah untuk belajar dan menguasai bahasa Korea. Ini kerana, bangsa ini telah siap-sedia untuk menguasai bangsa lain belajar bahasa dan budaya mereka. 





Gambar-gambar ini menunjukkan sikap siap-sedia Korea membina rumah tinggi-tinggi.

Nota: Negara kita boleh meniru Korea dengan sikap siap-sedia, bukan setakat dengan idea dan tindakan meniru negara maju tetapi menyusahkan kerana tiada perancangan dan siap sedia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan