Rabu, 22 Oktober 2013 tentu tidak saya lupakan. Pertama kali bersama guru-guru Bahasa Korea dan teman pelbagai negara Asia berkelah di Flower Festival di Guri, Seoul. Saya bawa anakanda Darda' bersama, malah rakan lain termasuk teman senegara, Kak Zah membawa anak-anak. Saya dan dua ibu lain dimuatkan dalam van kuning yang comel. Van ini biasanya membawa anak-anak tadika di Seoul. Yang memandunya adalah guru wanita. Ketika van merangkak menyaingi kenderaan lain di jalan raya, Kak Zah sempat berkata pada saya, "Boleh tahan cingu perempuan ini bawa van!"
Ahah! Nak kenal lelaki Korea yang tangkas dan sihat, kenallah para wanita mereka dulu.
Entah mengapa, saya ralit pula dengan gambar-gambar yang ditangkap di Taman Guri, cantiknya Subhanallah! Di sini saya kongsikan kerana pada setiap gambar menyatakan emosi kami semua pada hari itu.
Betapa bahagianya Darda' dapat berlari.
Darda' bersama Kak Bihah dan Cikgu Korea
Masing-masing tidak sabar untuk menikmati bunga ciptaanNya
Saya dan Kak Zah
Teman-teman dari Vietnam, Cambodia, Philipines dan Thailand
Si cilik sudah penat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan