Sesungguhnya, saya seperti tidak percaya saya dapat membuat maqlubah (atas arahan suami) di Seoul. Selama ini saya merasakan ianya satu masakan yang susah , sebelum mencuba memasaknya.
Selepas memasak maqlubah kali pertama, saya berkata pada suami, "Sesungguhnya masak maqlubah lebih mudah dan cepat daripada masak nasi lemak!"
Label
- Bahasa Melayu
- Belajar Hangul
- Budaya Korea
- Bunga
- Cerita Kelas
- Darda'
- Dawud
- Famili Pak Suray
- Hijrah
- Hikmah
- HUFS
- Kelas
- keluarga
- mak dan abah
- Makanan
- Masakan
- masjid
- Murabbi
- Musim Sejuk
- Pakaian Tradisi Korea
- Pesan
- Puisi
- Rakan Korea
- Ramadan Korea
- Raya Haji 2014
- rindu
- Rutin
- Sayuran
- Tadika Korea
- Teman Korea
- tetamu
- Tradisi
- unik
- Wanita Korea
Ahad, 15 Mac 2015
Jenis Manusia Ketiga di Korea: Ajumma!
Saya biasa bertemu ajumma di pasar, mereka berjualan sayur, makanan dan pakaian. Di jalanraya, saya nampak seorang ajumma dengan baju dan topi berwarna merah jambu mengayuh basikal di musim sejuk. Pada hari minggu, dalam tren ramai sekali kelompok-kelompok ajumma yang baru pulang mendaki gunung, lengkap pakaian dan peralatan. Mereka bising sesama sendiri tanpa mengendahkan orang lain. Dalam drama-drama Korea, ajumma digambarkan seorang yang garang, suka menyibuk dan mengumpat jiran, kelam-kabut dan kuat cemburu. Peribadi sesetengah ajumma yang memiliki sifat-sifat buruk ini menyebabkan ada ‘ajumma’ yang tidak mahu digelar ajumma. Dalam buku My Korean Women pula, ajumma disifatkan sebagai galak, keras hati, lembut dan keibuan.
Uniknya ajumma ini sehingga ada orang mengatakan, ada tiga jenis manusia di Korea iaitu lelaki, perempuan dan ketiganya ajumma!
Hadiah Murah Yang Mahal
Saya amat terhutang budi kepada beberapa pegawai bank (Woori Bank) di Hankuk University of Foreign Studies. Ini kerana, setiap kali mahu membayar bil dan sewa rumah, saya perlu minta bantuan mereka dari A hingga Z. Gara-gara mesinnya yang begitu 'Korea'. Mereka melayani saya dengan sabar; seolah-olah kali pertama saya minta tolong (setelah hampir setahun minta tolong!)
Dalam hati saya pernah mahu memberikan hadiah kepada pegawai yang baik itu. Tetapi ini tentu tidak manis. Mereka hanya menjalankan tugas sepenuh hati, saya pula terhutang budi.
Jadi, untuk pertolongan bulan ini, dengan tebal mukanya, saya mengadap pegawai bank lagi; seolah-olah kali pertama minta bantuan. Dengan sabar dan yakin dirinya, dia membantu saya sambil mulutnya menerangkan dalam bahasa Inggeris fasih. Saya yang amat terhutang budi (dan malu juga) mendapat idea untuk membalas budi si pegawai. Sebelum berlalu, saya berkata padanya, "Oh, bahasa Inggeris anda sangat bagus!"
Ajaibnya, saya melihat wajah pegawai bank itu bersinar bahagia, seperti bunga Sakura yang sedang kembang. Apakah selepas ini dia akan sebahagia ini membantu saya lagi? (tentunya bulan-bulan mendatang).
Tadi juga saya makan di restoran ikan bakar depan universiti. Kali ketiga saya makan di situ. Ajumma tuan restoran sudah kenal muka saya, sudah tahu apa yang tidak boleh saya makan. Sebagai membalas kebaikannya saya pun pujinya dalam bahasa Korea, "Sungguh sedap!" Senyum lebar dia.
Begitulah, puji pun satu hadiah yang lumayan membahagiakan orang lain.
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, " Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)
Isnin, 5 Januari 2015
Seoul Sejuk, Kami Panas
Di musim sejuk
Aku terus berjalan dengan panas
Dengan wajah tunduk ke bawah
Melihat titik-titik ludah di aspal
Berseli salju dan lendir
Bergumal kahak dan rokok
Dan bau masam
Dari kaca Soju yang basi
Aku terus berjalan dengan panas
Dengan wajah tunduk ke bawah
Melihat titik-titik ludah di aspal
Berseli salju dan lendir
Bergumal kahak dan rokok
Dan bau masam
Dari kaca Soju yang basi
Di musim sejuk
Sejukku jadi panas
Melihat sampah dan ludah
Seperti balutan hadiah
Yang diberikan dia kepadaku
Bersama senyum manis
Sejukku jadi panas
Melihat sampah dan ludah
Seperti balutan hadiah
Yang diberikan dia kepadaku
Bersama senyum manis
Di musim sejuk
Aku kepanasan
Tiada lagi harga duniawi
Pada sekeping yang bernama ringgit
Dalam timbunan keping-keping won
Seperti sebutir pasir
yang masuk di pinggan nasi
Aku kepanasan
Tiada lagi harga duniawi
Pada sekeping yang bernama ringgit
Dalam timbunan keping-keping won
Seperti sebutir pasir
yang masuk di pinggan nasi
Di musim sejuk negara orang
aku melihat panasnya derita negaraku.
aku melihat panasnya derita negaraku.
Sejuk-sejuk, panas. Taereung, 6 Januari 2015
Khamis, 1 Januari 2015
1 Januari 2015
Tahun baru datang, bertambah umur, bertambah kematangan dan pengalaman. Seoul mengajar kami banyak perkara dan salah-satunya adalah ;erti rindu. Di Malaysia, hujung 2014 ditandai dengan banyak perkara menyedihkan termasuk banjir besar di seluruh negara. Besar hikmah di sebalik itu apabila konsert-konsert tahun baru dibatalkan, digantikan dengan Majlis Berselawat.Ya Allah, jadikan tahun ini, umur kami dapat diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Penuhilah baki usi kami dengan keindahan iman, ilmu dan amal seperti cantiknya bunga-bunga di taman ini. Sesungguhnya ya Allah, hambaMu sentiasa kerdil mengenal rahmatMu yang begitu luas.
Selasa, 2 Disember 2014
Salju Kami
Salji telah turun di Seoul pada 1 Disember lalu. Kami sekeluarga rasa teruja sehingga sanggup membuka jendela walau sejuknya luar biasa. Dari tingkat enam rumah kami, serbuk-serbuk halus berwarna putih jatuh dari langit, hinggap di bumbung, ranting pohonan, di jalan juga atas kenderaan. Sungguh ceria pagi itu, membenamkan rasa sejuk yang melampau dari sebelumnya.
Minggu ini, saya perlu membentangkan secara ringkas tentang Umar Kayam; sasterawam sosiologis dari Indonesia. Buku Umar Kayam Luar Dalam saya baca untuk mencari sisi-sisi yang boleh saya olah di kelas nanti. Buku ini memuatkan tulisan orang-orang terdekat Umar Kayam tentang beliau. Umar Kayam meninggal dunia pada Mac 2002. Satu tulisan yang dikarang Yus Kayam; isteri Umar Kayam amat dekat dengan saya.
Cerita Ibu Yus Kayam, pada 1961, dia mengikut suaminya, Umar Kayam ke New York untuk menyambung master. Mereka menyewa sebuah bilik kecil yang tandasnya berkongsi dengan jiran sebelah. Malam-malam, anak kecil mereka selalu menangis dan mendatangkan kemarahan jiran. Sehingga akhirnya, tuan rumah tidak lagi mengizinkan mereka tinggal di situ. Mereka berpindah-randah selepas itu. Akhirnya selama lebih empat tahun, Umar Kayam berjaya menyelesaikan master dan Phdnya di Amerika Syarikat.
Belajar dari kehidupan Allahyarham Prof Dr Umar Kayam
Cerita Ibu Yus Kayam, pada 1961, dia mengikut suaminya, Umar Kayam ke New York untuk menyambung master. Mereka menyewa sebuah bilik kecil yang tandasnya berkongsi dengan jiran sebelah. Malam-malam, anak kecil mereka selalu menangis dan mendatangkan kemarahan jiran. Sehingga akhirnya, tuan rumah tidak lagi mengizinkan mereka tinggal di situ. Mereka berpindah-randah selepas itu. Akhirnya selama lebih empat tahun, Umar Kayam berjaya menyelesaikan master dan Phdnya di Amerika Syarikat.
Sabtu, 22 November 2014
November di Seoul
Bersama Prof Seo, Prof Koh, Prof Soh. Prof Park Jae Bong, Prof Teng Soe dan Prof Lim
Satu peristiwa yang akan saya kenang, selalu menjadi iktibar adalah cerita menangis dalam kelas. Saya tidak menyangka, kemudahan yang Prof Lee San Bin, pensyarah kuliah Literature and Others Art berikan kepada saya, rupanya mendatangkan rasa tidak senang kepada beberapa rakan sekelas.
Petang itu, terhambur kata-kata mereka, di depan saya, di depan profesor dan pelajar lain bahawa mereka pelik saya mengikuti kelas itu tanpa tahu bahasa Korea. Mereka memaksa saya 'tidak lagi' mengambil subjek tersebut jika tidak tahu bahasa Korea. Suara teriak-teriakan menyebabkan saya terpaku dengan aksi wanita Korea yang 'sebenar'; garangnya, terus-terangnya, hati keringnya. Mungkin tidak semua begitu, tetapi hari itu saya belajar.
Langgan:
Catatan (Atom)



