Label
- Bahasa Melayu
- Belajar Hangul
- Budaya Korea
- Bunga
- Cerita Kelas
- Darda'
- Dawud
- Famili Pak Suray
- Hijrah
- Hikmah
- HUFS
- Kelas
- keluarga
- mak dan abah
- Makanan
- Masakan
- masjid
- Murabbi
- Musim Sejuk
- Pakaian Tradisi Korea
- Pesan
- Puisi
- Rakan Korea
- Ramadan Korea
- Raya Haji 2014
- rindu
- Rutin
- Sayuran
- Tadika Korea
- Teman Korea
- tetamu
- Tradisi
- unik
- Wanita Korea
Ahad, 21 September 2014
Anak-Anak Prof Dr Bukhari Lubis
Ayla (kanan) dan Afifah
Saya pernah bertandang ke rumah Profesor Dr Bukhari Lubis di Tanjung Malim sekitar pertengahan tahun 2012. Bersama saya, suami, Darda' dan adinda Izzati Rahim dalam perjalanan pulang dari UPSI kerana menyampaikan ceramah penulisan.
Di rumah Prof Bukhari Lubis, kami menghabiskan masa mendengar kisah-kisah hidup beliau, isteri dan anak-anaknya. Ustazah Pilihan Firuz/ Firuz Akhtar anak sulungnya, rakyat Malaysia pertama yang membuat B.A sastera bandingan di Universiti az-Zahra, Iran, Firuz kemudian menyambung MA di US dan sekarang melakukan Phd di SOAS, London. Anak keduanya seorang doktor lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, anak ketiganya, Ayla lulusan universiti di Korea Selatan, anak ke keempatnya, Afifah sedang membuat BA di Seoul dalam bidang Sains Makanan, yang kelima, Halim sedang kuliah di Turki dalam bidang Sejarah dan si bongsu akan menduduki SPM tahun ini.
Saya amat kagum dengan Prof Dr Bukhari Lubis memupuk sifat cintakan ilmu pada anak-anaknya. Di rumahnya, hampir tiada tempat (termasuk dapur dan tangga rumah) tiada buku. Kata suami saya, Prof Dr Bukhari Lubis ini 'benar-benar seorang profesor'. Dalam bicara beliau ketika itu ada menyebutkan tentang dua anaknya di Seoul. Saya pula tidak membayangkan akan ke Korea kerana waktu tersebut, tiada lagi agenda belajar di Korea.
Syukur, selepas dua tahun, Allah menemukan saya dengan dua anaknya yang disebut-sebut dahulu di rumah kami di Taereung, Seoul tadi.
Terima kasih Afifah, Ayla dan Ashraf yang bertandang. Makin ramai keluarga di sini, Alhamdulillah.
Abu Darda' dan Pemikirannya
Bila saya judulkan entri ini dengan judul di atas, rasa berdebar pula. Seolah nak menulis makalah tentang seorang tokoh hadith, sahabat rasul SAW. Tetapi saya cuma ingin bercerita tentang anakanda Ahmad Abu Darda', 3 tahun.
Antara paling besar hikmah penghijrahan kami adalah dapat bersama anak-anak setiap masa. Wajah mereka adalah wajah-wajah ahli syurga, tiada dosa.Wajah yang menghilangkan penat saya berjalan kaki, turun naik bas dan subway, memanjat bangunan kelas dan keadaan ekonomi yang terbatas. Namun, apabila saya pandang wajah Darda' dan Dawud, saya bersyukur pada Allah SWT, merekalah harta yang tidak boleh dibandingkan dengan apapun di dunia. Saya rasa kaya dan lapang hanya melihat wajah anak-anak, Alhamdulillah. Syukur ya Allah.
Jika semester lepas, pulang dari kuliah, Darda' menyambut saya dengan senyum manjanya. Sekarang, dia semakin petah. Bercerita tentang itu dan ini, tentang adiknya menangis, adiknya berak dan bangga memberitahu, dia kacau adik tanpa rasa bersalah.
Dalam ruang bilik kami yang seorang teman gelarkan 'Bilik IKEA' (dek kerana ruangnya seperti show room IKEA termasuklah perabot mesra ruang), di sinilah Darda' belajar dan membesar. Gurunya adalah abi dan uminya. Gurunya adalah sikap dan akhlak kami sendiri. Jika saya ralit mengulit buku atau laptop, Darda' pula akan ralit dengan gajetnya. Jika saya hari itu cepat naik angin, Darda' ikut sama meragam. Seorang ibu sememangnya sekolah pertama anak-anak.
Sewaktu lampu dipadamkan, dan kami sekeluarga mahu tidur (hakikatnya saya belum mengantuk tetapi cara ini sahaja menidurkan Darda' untuk Dawud tidur aman), suara nyaring Darda' menyebut, "Hantu...hantu datang dah.." Saya atau suami kemudian membetulkan, "Bukan hantu, kita tak boleh takut hantu, kita mesti takut Allah, Allah Tuhan kita." Lalu dia bertanya, "Allah mana umi?" saya jawab, "Kita tak nampak Allah tapi Allah nampak kita." Darda' diam cuba memahami.
Esoknya, ketika lampu dipadamkan, Darda' menyebutkan, "Allah..Allah datang dah.." Masya Allah! Rupanya dia membayangkan Allah sebagaimana dia bayangkan hantu semalam. Saya dan suami geleng kepala, bagaimana harus diterangkan pada si kecil ini?
Kenakalannya terutama dalam bab menarik perhatian kami makin kreatif. Misalnya, dia sengaja meludahkan biskut yang dimakannya ketika saya sibuk dengan Dawud. Atau menjatuhkan cawan yang diminumnya, atau menarik bantal ketika saya tidurkan adiknya. Tidak mahu marah-marah, saya katakan, "Darda', nanti Allah ambil tangan Darda', nak tak tak ada tangan?" Dia menggeleng bimbang. Atau saya katakan, "Darda', nanti Allah ambik kaki tu.." dia takut sebentar .
Khamis, 18 September 2014
Cerita Kelas
Dalam kelas Sosial Change in Southeast Asia, saya bertemu rakan-rakan pelbagai negara Asia antaranya Thailand, Brunei, Singapura dan Korea. Kami diminta untuk memperkenalkan diri dan bidang masing-masing.
Tiba giliran saya, seringkas mungkin saya bercakap; nama, jabatan/major dan tajuk kajian Phd.
Kemudian Profesor Dr Seo Myengkyo berkata, "Kamu tak mahu kongsikan berita gembira kepada mereka?"
Saya menambah yang saya adalah penulis buku, novel dan skrip drama televisyen. Namun, Prof Seo melanjutkan cerita tentang diri saya yang membuatkan dia sangat gembira. "Semester lepas Umi datang ke kelas saya ketika sarat mengandung. Kemudian dia pulang ke Malaysia untuk melahirkan anaknya. Dia mendapat bayi lelaki dan anaknya itu lahir pada hari lahir saya iaitu 23 Jun!"
Kawan-kawan di kelas semua gembira dan ada yang berkata, wow! Saya lihat wajah Prof Seo bersinar-sinar ceria. Saya pun tidak sangka. Ini kerana, semester lepas Prof Seo amat prihatin dengan keadaan saya. Semoga Dawud mendapat sifat kesungguhan dan kerja keras yang ada pada pensyarah saya ini.
Gambar Prof Seo yang masih muda.
Tetamu Bawa Rahmat
Alhamdulillah, sejak Dawud ikut umi balik Seoul, rumah kami tidak putus menerima tetamu.
Tetamu datang membawa rahmatNya.
Malam ini, dikunjungi teman tingkatan lima dahulu, Husna Hanim dan suami. Kira-kira 13 tahun lebih kami tidak bertemu. Sempat menjamu mereka gulai udang ubi keledek, ayam goreng kunyit, sayur campur dan sambal hitam ikan bilis Pahang. Kuih keria Korea bikinan suami juga ada.
Semoga kami diberi ruang lagi untuk merai tetamu di perantauan.
Gambar: tetamu yang telah mengunjungi kami baru-baru ini
Tadika Untuk Darda'
Semalam, Mbak Meity Sukmawaty menemani saya mencari pusat asuhan kanak-kanak/ kindergarten/ 유치원 buat Darda' di sekitar tempat tinggal kami. Ada enam pusat asuhan yang kami pergi dan akhirnya kami tahu, perlu menyemak dan mendaftar di internet dahulu sebelum langsung ke sana.
Gambar: salah-satu tadika yang kami masuk benar-benar 'bertaraf lima bintang' terutama kebersihan dan susun aturnya.
Langgan:
Catatan (Atom)




